"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Wednesday 23 July 2014

TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN

 
Sama ada kita sedar atau tidak bila kita buat apa-apa kerja atau aktiviti mesti kita terasa cepat letih...Pernah tak kita rasa macam ni??
 
Kalau nak membuang tu memang susahlah...kadang-kadang berjam-jam duduk dalam bilik air..Takpun badan rasa lenguh-lenguh..bila nak tidur pula susahnya nak lelapkan mata..rasa serba tak kena..mata pun merah..timbul pula masalah sinus,alahan...
 
Kalau kita ada mengalami simptom-simptom di atas, itu bermakna berkemungkinan dalam badan kita ni ada toksin yang berlebihan atau banyak..Andaikata toksin-toksin ini tidak disingkirkan, maka nanti akan timbul macam-macam penyakit..Nak ker...tak takut ker??....
 
 
 
 
Jom kita baca serba sedikit tentang toksin ni..

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
 
Antara tanda tanda lain toksin yang berlebihan yang ada dalam badan kita

  1. seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 
  2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi
 
 
 
Untuk mengatasi masalah ini kita perlulah singkirkan toksin ini melalui proses detox.. (proses singkirksn toksin).
 
Detox ni sangat penting tau sebab jika badan dipenuhi toksin, ambil lah supplemen apa pun, kesannya kurang lah..Bila badan dah detox, jadi sel-sel lebih bersedia untuk menerima nutrien dan zat lain, jadi penyerapannya lebih efisyen.

 
Dengan supplemen Shaklee, HERBALAX atau ALFALFA boleh diambil bagi membantu membuang toksin-toksin yang berlebihan ini..
 
 
 herbalax
HERBALAX
 
 
alfalfa shaklee
ALFALFA
 
 
Sesungguhnya mengatasi lebih baik daripada mengubati..maksudnya kat sini adalah lebih baik kita singkirkan toksin ini daripada ianya berkumpul di dalam badan kita dan seterusnya nanti boleh timbul macam-macam penyakit.Bila dah ada penyakit tu, nak kena ubat pula..Jadi,,,fikir-fikirkan lah...........
 
 
Untuk sebarang konsultasi,pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi..
 
Salmizah Omar
013-3752001/010-2985359

Tuesday 22 July 2014

SISTEMIK LUPUS ERITEMATOSUS (SLE)

 
Lupus adalah penyakit kronik auto imun di mana ianya lebih banyak menyerang golongan wanita.'LUPUS' berasal daripada perkataan Latin yang bererti ' serigala'. Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat penyakit lupus mengibaratkan tompak-tompak kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala. Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
 
 
JENIS-JENIS
1) Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)
    Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE selalunya menyerang mereka yang berumur 15 dan 45 tahun. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil penghidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
 
2) Diskois lupus Eritematosus (DLE)
    Merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah di muka,kulit kepala,bahagian badan,kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
 
3) Lupus Neonatal
    Keadaan yang boleh berlakupada bayi yang baru dilahirkan oleh penghidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibody di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro(SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit,masalah hati,dan masalah darah. Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang dijumpai, namun bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin akan mengalami masalah jantung.
 
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini dipanggil 'drug- induced lupus'. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.
 

SIAPA PENGHIDAP SLE
Dianggarkan lebih kurang 90 % mereka yang nmendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10% yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.


PENYEBAB
Walaupun SLE boleh menyerang beberapa ahli keluarga, gen lupus yang khusus belum lagi dikenal pasti. Kajian menyarankan ada beberapa gen mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami.
 
Bagaimanapun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji factor-factor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi,pengambilan ubat-ubat tertentu dan juga kuman virus. SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila system daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan factor-factor keturunan,alam sekitra serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibody yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
 
Jenis antibody yang lazim didapati dalam penghidap SLE dipanggil antibodi antinuklear kerana ia bertindak balas dengan bahagian sel nukleus. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.
 

GEJALA-GEJALA SLE
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, sama ada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh dating dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis),demam yang tidak diketahui puncanya dan keletihan yang amat sangat.
 
Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung serta bentuk 'kupu-kupu'. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua belah lengan dan tangan,bahu dan dada.
 
Oleh kerana penghidap SLE sensitive kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Sama ada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seoarng yang lain.
 

CIRI-CIRI PENYAKIT  SLE
*Demam,keletihan dan penurunan berat badan
*Sakit dan bengkak sendi selama beberapa minggu
*Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
*Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
*Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
*Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling
*Sawan,strok dan gangguan mental
*Risiko untuk mendapat darah beku
*Kerap keguguran bayi
*Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
*Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


MENJEJASKAN ORGAN-ORGAN
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut:
*Buah pinggang
*Paru-paru
*Sistem saraf
*Saluran darah
*Darah
*Jantung
 

sumber:Mingguan wanita
 
 
 
 
 

Friday 18 July 2014

KELEBIHAN BERSEDEKAH

 
 
Hari Jumaat, penghulu segala hari...


"صدقه"
Suatu perkataan yang mudah.
Semudah menyebutnya, semudah juga melaksanakannya.
Namun, seramai mana yang gemar untuk melakukan perbuatan itu.
Permudahkanlah benda yang mudah agar ianya tidak menyusahkanmu.



"SEDEKAH"
Senyum itu SEDEKAH...
Berkata baik itu SEDEKAH...
Setiap langkah ke masjid itu SEDEKAH
Membantu orang melintas jalan itu SEDEKAH
Mendamaikan orang yang bertelagah itu SEDEKAH


Adakah "SEDEKAH" itu menggunakan DUIT, EMAS, INTAN, PERMATA?
Sudah tentu, TIDAK.
Adakah "SEDEKAH" itu akan mengurangi atau menghabiskan HARTAmu?
Sudah tentu, TIDAK.
Bahkan, ALLAH akan melipatgandakan ganjarannya sehingga tidak terhitung olehnya.

 

Firman Allah (S.W.T.)
"Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya". (At-Talaq : 2-3)

10 AKHIR RAMADHAN



Assalaimualaikum w.b.t..dan selamat pagi
 
Pejam celik-pejam celik hari dah hari ke 20 kita berpuasa. Rasanya makin lama makin cepat masa berlalu. Ramadhan dah nak meninggalkan kita.Tahun-tahun akan datang tak tahu lagi macam mana...entah masih berpeluang atau tidak..semuanya atas Kehendak dan Dengan Izin yang Maha
Esa..
 
Hiasilah malam-malam terakhir 10 Ramadhan ni dengan perkara-perkara yang berfaedah dan memberi manafaat kepada seluruh ahli keluarga kita. Sentiasa ingat memgingati antara satu sama lain..dan semoga ukwah ini terus terjalin..
InsyaALLAH...

Tuesday 8 July 2014

BASIC H

basic H 
 
Basic H Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
 
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
 
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.
 
Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
 


 Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
 

 
Periuk, besen dan pinggan mangkuk 



 Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
 
Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi






 Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam
 
 
 
Perbezaan Shaklee...
Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Apa kata mereka yang telah menggunakan Bacic H ini.....

Friday 4 July 2014

KEBAIKAN VIVIX

VIVIX.....Apa tu?...
 
Pada mereka yang biasa didedahkan dengan produk Shaklee mesti tahu apa tu Vivix..Sesetengah orang kata mahal lah Vivix ni..tak mampu nak beli...Saya tak salahkan mereka yang beranggapan begitu tapi pernahkan kita mendegar ungkapan ' Alah membeli Menang memakai'..Selalunya perumpamaan ni biasa untuk pakaian dan kebendaan..tapi kali ni saya nak ceritakan perumpamaan ini dengan produk Shaklee.

Harga mahal tapi setanding khasiat dan kebaikannya..Pada saya tak rugi kalau kita berhabis untuk hasil yang baik...Betul tak?.....


kelebihan vivix


Pada mereka-mereka yang tak pernah kenal dengan Vivix ni,mari saya ceritakan..
Oleh kerana Vivix ini dihasilkan dari bahan semulajadi dan tiada bahan kimia di dalamnya,kebaikan khasiatnya perlu dijaga.

Saya perhatikan banyak mereka yang membeli Vivix ni untuk ibu bapa mereka yang ada penyakit jantung,kencing manis,strok,kanser,angin ahmar dan sebagainya. Ada sesetengah anak atau isteri beli Vivix ni untuk suami atau ayah mereka yang merokok..Memang elok berhabis beli Vivix ni daripada terpaksa menghidu bau asap rokok dan dalam masa yang sama memberi kesan yang negetif terhadap kesihatan kita..Sanggup ker?..
 
Pada mereka yang tak pernah amalkan Vivix ni mesti terfikir nak beli mahal-mahal boleh telan ker...Jangan risau kerana Vivix ni sedap jer rasanya..macam air ribena jer. Bila dah buka tu jangan dedahkan pada suhu yang tinggi. Selepas minum simpan di dalam peti ais..Cara penyimpanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan khasiat dan zatnya..Makan 1sudu teh sehari..Ambil selepas sarapan. Selepas tu minum air sebanyak yang mungkin..Semua supplemen memerlukan kita meminum air putih sebanyak yang mungkin agar ianya mudah diserap oleh badan dan untuk bertindakbalas di dalam badan kita..

Vivix ni tak sesuai dimakan oleh mereka-mereka yang berumur bawah 18 tahun...Ada yang bertanya, Vivix ni boleh ker dimakan oleh mereka yang mengandung dan menyusukan anak?..Sebenarnya ianya tidak sesuai dimakan oleh mereka yang mengandung dan menyusukan anak kerana tinggi anti oksidan..Tidak elok untuk kandungan dan mungkin boleh menyebabkan keguguran..Untuk ibu yang menyusu tak disarankan untuk mengambil Vivix ni kerana ianya akan merubah rasa susu..kan anak minum susu ibu rasa lain,terus tak nak menyusu badan nanti..So,better elakkan..Lagi elok ibu yang menyusu mengambil set untuk menyusu..

Ada yang bertanya...makan Vivix ni ada kesan sampingan tak atau healing crisis?...Sebenarnya healing crisis tu akan ada tapi bergantung kepada badan masing-masing kerana tahap penerimaan bergantung kepada corak pemakanan kita sebelum-sebelum ni dan tujuan rawatan..Tahukah kita bahawa suami isteri elok amalkan Vivix ni..untuk suami elok untuk pemulihan kesuburan..untuk isteri pula untuk awet muda...Tak nak ker?...

Sebotol Vivix ni anggaran penggunaan untuk 2 bulan..Tapi kalau beli suami dan isteri kongsi makan tak adalah sampai 2 bulan..


Ni saya kongsikan pengalaman mereka-mereka yang telah mengamalkan Vivix ni..

 
Vivix untuk Diabetes,Darah tinggi,Asma dan sakit lutut
vivix shaklee untuk diabetis, vivix shaklee untuk sakit lutut, vivix shakle untuk asma, vivix shaklee untuk darah tinggi
 
 
Vivix untuk kayap dan sakit saraf
vivix untuk kayap, sakit saraf
 
 
Vivix untuk strok
vivix untuk mak, vivix untuk strok, vivix rawat strok
 
 
Vivix untuk perokok
vivix untuk berhenti merokok
 
                                       Vivix untuk kulit
 vivix untuk cantik
 
 
Vivix untuk darah tinggi
vivix untuk pesakit darah tinggi, vivix rawat darah tinggi, hypertension
 
 
Vivix untuk kencing manis dan hubungan suami isteri
vivix bantu suami jadi power
 
 
Vivix untuk kelihatan lebih muda
 
Vivix untuk kanser
vivix merawat kanser, vivix untuk kanser
 
 
Banyak lagi sebenarnya pengalaman mereka-mereka yang telah merasai perubahannya. So selepas ini diharap anda semua faham mengenai maksud perumpamaan yang saya cerita kan tadi...
 
Untuk tahu harganya yang sebenar,silalah hubungi saya..Sama-samalah menjaga kesihatan mereka-mereka yang kita sayang......
 
 
Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh menghubungi:
Salmizah Omar
Tel/sms/whatpss/wechat: 013-3752001/010-2985359
 
 

TESTIMONI SET BERSALIN SHAKLEE

Banyak feedback yang positif yang dapat daripada mereka-mereka yang telah consume Set Bersalin Shaklee..

Jom ikuti pengakuan mereka....
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday 3 July 2014

PETUA DIDIK ANAK PINTAR

PETUA 1
Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
 
 
PETUA 2
Membaca surah Al-Fatihah 1 kali dan Alam Nasyrah 1 kali.
 
 
PETUA 3
Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu bapa kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
 
 
PETUA 4
Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak. 

Wednesday 2 July 2014

IBU PEJABAT DAN CAWANGAN SHAKLEE DI MALAYSIA

 
Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.

Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam


Cawangan Shaklee

(1) Kuala Lumpur
No. 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.

Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu
(Pertama & Ketiga)
10:00 a.m. to 7:00 p.m

(2) Penang
No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Telefon : 604-383 8261
Fax: 604-383 8560

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu
(Pertama & Ketiga)
10:00 a.m. to 7:00 p.m

(3) Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.

Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu
(Pertama & Ketiga)
10:00 a.m. to 7:00 p.m

(4) Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.

Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu
(Pertama & Ketiga)
10:00 a.m. to 7:00 p.m

(5) Kota Bharu
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.

Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711

Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu
(Pertama & Ketiga)
10:00 a.m. to 7:00 p.m

(6) Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.

Telefon : 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.

Sabtu
(Pertama & Ketiga)
10:00 a.m. to 7:00 p.m

CARA MENGORDER DAN PENGHANTARAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Salam 4 Ramadan hari ni...Kejap jer rasa dah 4 Ramadan dah.

Semalam saya dikhabarkan dengan pemergian suami kepada kawan saya,Rosnani...Al-Fatihah untuk arwah. Semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Kepada sahabatku semoga tabah menghadapi ujian dari-Nya. Sesungguhnya dari Dia kita datang, dan kepada Dia juga kita kembali....AL-FATIHAH....
 
Ok-ok dah habis bab-bab sedih ni..Ni saya nak cerita pula tentang bisnez kesayangan saya ni...saya distributor Shaklee. Saya tidak menyimpan stok banyak-banyak kat rumah. Biasanya kalau ada yang mengoder baru saya ambil stok di stokis. Kalau dulu biasa saya kumpul order dulu dalam 2 3 hari baru pergi ambil stok. Nasiblah semua customer saya boleh tunggu stok sementara menunggu saya pergi ambil di stokis..Syukur kerana dikurniakan dengan customer yang sangat-sangat memahami..

Tapi itu dulu..sekarang tidak lagi kerana semua ada dihujung jari jer. Just klik-klik jer  kat laman web www.shaklee2u.com.my tut..tut..2 3 hari sampailah stok...jimat duit tol.jimat duit minyak dan jimat masa juga..hihihi...


 
 
Shaklee menggunakan khidmat penghantaran melalui GDEX dan CITY-LINK. Kita sebagai distributor boleh memilih samada hendak stok barang sampai ke tangan dulu atau terus kepada customer. Kalau terus kepada customer dekat ruang alamat penghantaran tu kite masukkanlah alamat customer tu..kalau kepada kite dulu.. kat ruangan alamat tu memang dah ada alamat kite..so tak perlu lah tukarkan alamat tu..Senang sangat-sangat lah..
 
Sekarang dah takde alasan stokis jauh lah untuk dapatkan stok..semuanya dah dihujung jari kita..ni salah satu sebab mengapa saya sayangkan bisnez saya ni...mudah,cepat dan senang.
 
Pada yang berminat nak jadi distributor dan mengorder stok dengan mudah,cepat dan senang,jom join keahlian Shaklee dibawah grup Sinaran...
 
 
I EAT VITAMIN SHAKLEE...I LOVE SHAKLEE...
 
 
 

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah