"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Wednesday 3 September 2014

KETUPAT SOTONG TERENGGANU

Oleh kerana permintaan daripada kawan-kawan ofis, maka terhasilah ketupat sotong versi Terengganu ni..dah lama sebenarnya nak buat tapi mood rajin tu belum datang..bila mood rajin datang apa-apa pun boleh....hihihi...

Misi pertama adalah mencari sotong..memandangkan semalam ada pasar tani so bolehlah beli sotong kat situ..walaupun barang-barang basah mahal sikit tapi berbaloilah sebab segar-segar...ikan-ikan pun sama..takdelah kalau makan rasa tawar jer...adalah rasa....tapi kalau balik kampung di Terengganu jangan ceritalah ikan-ikan,sotong semua segar-segar..Al maklumlah rumah dekat dengan laut...Pernah abang bawa balik sotong hidup lagi,,bila masak tu perggghhhh memang mervolus lah rasanya...manis dan sedap sangat-sangat....Itu untungnya kalau jadi orang Terengganu ni....Tapi memandangkan dah tinggal jauh daripada Terengganu sekali sekala balik kampung memang layan ikan-ikan,budu jer...ayam, daging memang tak pandang dah.....Itu bezanya kalau tinggal kat sini dengan di Terengganu....

Oleh kerana ada kawan-kawan yang nak resipi Ketupat Sotong Terengganu ni, maka kat sini saya kongsikan resipi nya..Cuba tau..senang jer...syaratnya buat dengan kasih sayang...mesti sedap...
 
KETUPAT SOTONG VERSI TERENGGANU
 Bahan-bahannya...
1) Sotong,sederhana besar (anggaran dalam 15 ekor)
2) Beras pulut (2 pot beras)
3) Bawang merah  (2 ulas,dimayang)
4) Halia (sikit jer..dimayang)
5) Halba (secubit)
6) Santan (1 kotak santan kalau guna santan kotak)
7) Garam secukup rasa
 8) Lidi

Cara-caranya...


Kalau boleh cari sotong yang fresh. Kalau yang lembik tu susah nak letak beras pulut nanti..dan rasanya pun kurang sedap. Asingkan kepala sotong dengan badan ia. Kepala sotong tu nanti boleh masak sambal..


Kemudian, sotong yang telah diasingkan tadi dibuang kulit agar masa masak nanti kuahnya tak jadi warna merah.


Basuh dahulu beras pulut..Kemudian rendam sekejap dalam 15-20 minit..Bagi ia kembang sikit.


Kemudian,masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong. Jangan isi beras padat-padat sangat sebab nanti kot beras tak masak..


Nanti sotong yang telah diisikan dengan beras cucukkan hujungnya dengan lidi macam dalam gambar tu supaya beras tak terkeluar.


Kemudian, rebus dahulu sotong yang telah diisikan dengan beras tadi.
 
 
Bila beras dan sotong agak-agak dah masak (anggaran dalam setengah jam dimasak), masukkan santan.


Selepas masukkan santan, masukkan halba,bawang dan halia. Jangan lupa masukkan sekali garam.


ketupat sotong
Ketupat sotong yang hampir masak.


Dah masak dah...Inilah rupanya ketupat sotong yang dimasak tadi....Sedia untuk dimakan.

Senang jer kan....Boleh makan bila-bila masa...sedappp...
Selamat Mencuba!!!


No comments:

Post a Comment

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah