"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempitkan rezeki dan makluk lain mengutuknya"..Ibnu Abbas.
I am, Salmizah Omar (Shaklee ID:877011) your Shaklee Independent Distributor at Putrajaya,Kota Damansara,Malaysia. Delivery throughout Malaysia by poslaju/gdex/city-link.
SELAMAT DATANG..BERSAMA-SAMA DALAM MEMBINA KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


Wednesday 26 November 2014

KARNIVAL BARANGAN BABY

Assalamualaikum w.b.t
 
Hari ni nak share dua karnival yang akan berlangsung pada hujung minggu ni..So pada mereka-mereka yang ingin mendapatkan barangan kelengkapan baby bolehlah terjah ke sini nanti...barangan untuk ibu-ibu pun ada..

baby expo
 
Summary        
FREE Admission ! Be part of Putrajaya largest consumer show for Parents, Baby and Kids products!


Location
Putrajaya International Convention Centre
(Unity Hall B1 & B2)Presint 5,
Putrajaya,

 
Time
10.00a.m to 9.00p.m

In tag line with Healty, Education and Happy Lifestyle, this carnival will be accompanied by various agencies from the health, education and entrepreneurs of mums and baby product.

Event Highlights :
Activities Game
Talent show
Purchaser rewards
Workshop & Seminar
Stage activities



More details kindly contact 03-9201 7360.
 
 
Dan lagi satu karnival ialah jualan gudang Pureen..Jualan gudang Pureen ni kalau ada jer dan saya free mesti saya pergi....barang-barang Pureen pun bagus-bagus..harga pun boleh tahanlah...murah-murah...Berbaloi..Cuma tu lah sebut pun jualan gudangkan..orang mesti ramai yang datang..pada yang nak pergi tu better pergi awal-awal pagi sebabnya banyak pilihan baju dan barangan lain boleh kita dapat..kalau dah pergi petang-petang tu tak jaminlah.....Pendek kata memang ramai orang lah...
 
 
pureen
 
29-30 November 2014
Pureen Stock Clearance Promotion
@ Glenmarie Industrial Park, Shah Alam


Products Offered
Baby Diapers & Toiletries
Baby Apparels & Accessories
Kids Toiletries
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Maternity Pads
 
 
Brands Offered
Pureen Basic
Pureen Pride ‘N’ Joy
Dr Mist
Tracia
 
 
Location
Summit Company (M) Sdn Bhd
No.12A Jalan Perunding U1/17
Glenmarie Industrial Park
Shah Alam, Selangor
Tel : 03-55695075 / 03-76288888
 
 
Time
10.00am to 6.00pm
 
 
Selamat bershopping!!

Monday 24 November 2014

SEGMEN JOM BERKENALAN

Hi,

Jom kita sama-sama join segmen jom berkenalan oleh Nad..
 
 
Antara yang menariknya segmen Nad ni:
Pemenang untuk segmen ni - 2 orang

Hadiahnya adalah sehelai plain shawl yang bernilai RM20 setiap satu. ^_^
Dan anda akan di letakkan dalam bloglist saya.

Pemenang akan dipilih secara random.

Syaratnya senang sahaja.
1) Sila follow blog saya. Saya akan cuba beri manfaat pada orang lain. Saya CUBA.
2) Tinggalkan link di bahagian komen supaya saya boleh blogwalking dan follow anda.
3) Dan akhir sekali, buat entry berkenaan segmen ini, link kan gambar di bawah ke entry ini. ^_^
 
 

 
Tarikh tutup: 15 December 2014

Selamat bersegmen

KUIH BOM

Hari ni saya nak share pengalaman pertama buat kuih yang paling merbahaya dan yang paling ganas..'kuih bom'..Ni kuih belah-belah pantai timur. Kalau belah-belah KL ni tak tahu lah orang panggil kuih apa..kuih bom ni antara kuih kesukaan saya...
 
Ni saya kongsikan resipinya..mana tahu ada yang berminat nak cuba buat....


BAHAN-BAHAN
DOH
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
2 sudu kelapa parut
Air
 
kuih bom
Bahan-bahan untuk doh.
 
 
CARA-CARA NAK BUAT DOH
1) Campurkan kesemua bahan-bahan untuk doh dalam satu bekas.
2) Gaulkan sehingga menjadi doh.
 
 

INTI
3 ekor ikan sardin/kembung (dibakar atau dikukus).
2 sudu besar kelapa parut
2 ulas bawang merah (mayang)
secubit halba
1 hiris halia (hiris halus-halus
sedikit garam
sedikit gula
minyak(untuk mengoreng)
 
kuih bom
Bahan-bahan untuk inti


CARA-CARA NAK BUAT INTI
1) Ikan yang telah dibakar atau dikukus diasingkan isi dan tulangnya.
2) Isi ikan dan bahan-bahan untuk inti digaul sekali.
3) Kemudian goreng tanpa minyak hingga agak-agak garing.

Bila semua dah siap sedia...
1) Bentukkan doh menjadi bulat kemudian leperkan ia untuk letak inti di dalamnya. Kemudian bentukanya menjadi bulat..
2) Pastu,goreng..Bila dah agak kekuningan angkat dan toskan..
 
 
kuih bom
Inilah rupanya kuih bom saya...Lupa pula nak snap rupa isi dalamnya..Tapi yang pasti sedap sangat..percubaan pertama yang tidak mengecewakan..Esok-esok boleh lah buat lagi..
 
 
 Pada yang berminat nak try buat tu ikut jer resipi yang saya listkan..InsyaALLAH time menggoreng tu ianya tak mengganas..Selamat mencuba!!




Wednesday 19 November 2014

TESTIMONI SET BERSALIN SHAKLEE

Setelah consume Set Bersalin Shaklee memang terasa perbezaannya...Masa mengandung,berpantang dan menyusukan Hafiy dan masa mengandung,berpantang dan menyusukan Harazz memang sangat-sangat berbeza...

Yelah masa time Hafiy dulu belum kenal Shaklee..Time Harazz ni memang dah betul-betul jatuh cinta dengan Shaklee ni..daripada mengandung,berpantang dan menyusukan Harazz semuanya dengan Shaklee jer...
 
Ini saya kongsikan pengalaman mereka-meraka yang merasai perubahan dan perbezaanya sama seperti saya:..












Walaupun tahap penerimaan badan masing-masing terhadap supplemen berbeza tetapi kebanyakkan yang mengamalkan apa jua produk kesihatan Shaklee, mereka sangat-sangat berpuashati..Produk Shaklee pun bukan sebarangan produk sebab ianya ada kajian dan penyelidikan yang berterusan...Sebab tu saya lebih yakin dengan Shaklee ni..
 
Sekiranya ada yang berminat dengan apa jua produk Shaklee bolehlah menghubungi saya ya...InsyaAllah saya akan membantu anda!!

Tuesday 18 November 2014

KARNIVAL UPIN DAN IPIN 2014

Karnival Upin dan Ipin tinggal beberapa hari jer lagi nak start..Bermula daripada iklan kat TV hari-hari Hafiy tengok sampaikan dia pun dah hafal liriknya..
 
 
"Saksikan Karnival Upin dan Ipin di PICC pada 21-23 November ini dan nantikan kemunculan istimewa Ultraman"...
 
 
..ni antara lirik iklan yang Hafiy selalu sebut..sampaikan saya pun dah sama-sama terikut dan ingat..
 
 
Dan selepas iklan tu mesti dia tanya bila Upin dan Ipin nak datang Putrajaya?..
 
 
Betul-betul tak sabar dia nak jumpa dengan Upin dan Ipin. Pernah sekali kami sekeluarga terjumpa dengan maskot Upin dan Ipin di Tesco Puchong pada tahun 2013. Masa jumpa tu dia betul-betul teruja,lain benar mukanya..excited. Kalau gi kedai buku nampak komik Upin dan Ipin mesti dia nak beli walaupun dia belum pandai membaca lagi...Tengok gambar-gambar je lah..
 
 
Masa balik kampung 2 bulan lepas pak saudara dia ada bawa balik buluh untuk buat sangkar burung..Hafiy tanya pokda (gelaran untuk pak saudara) buat apa tu? Pokda kata nak buat sangkar burung..."oooo...atuk pun buat gak..atuk buat layang-layang...atuk Upin" katanya....
tergelak pokda dia dengar sebab dia ingatkan atuk dia (kat Kota Damansara) rupa-rupanya atuk Upin dan Ipin.


Gaya percakapan Hafiy hari-hari pun dah macam Upin Dan Ipin...Semua watak-watak dalam citer tu pun dia dah kenal. Memang watak Upin Dan Ipin memberi pengaruh yang besar keapada Hafiy. Sekarang ni pun adik dia,Harazz yang berumur 10 bulan pun dah pandai..kalau dengar iklan Upin dan Ipin kat TV cepat-cepat jer dia tengok...
 
 
InsyaAllah...sempena karnival Upin dan Ipin saya sekeluarga akan ke sana..berjumpa dengan Upin dan Ipin beserta Ultraman...Anak tak sabar..Umi nya jugak tak sabar nak tengok reaksi Hafiy nanti macam mana...Al maklumlah hari-hari dia duk tanya jer..bila nak datang...bila nak datang..
 
 
Sempena musim cuti sekolah jugak jom kita pakat ramai-ramai memeriahkan karnival ini..

Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA

 
JUMPA DI SANA!!!!



.......Hafiy bersama-sama Upin dan Ipin..........

RIADAH HUJUNG MINGGU KAMI

Salam pagi semua...

Hari ni nak story aktiviti kami anak beranak pada cuti minggu lepas. Pagi-pagi bangun terfikir nak masak apa untuk hari tu...Biasanya kalau cuti macam tu lah..Dah dapat idea tu check kat dapur ada tak bahan-bahannya.. Kalau semua ada laju jer.............
Nak tahu apa sarapan kiteorang anak beranak?....

pulut kelapa
....PULUT KELAPA@ PULUT NYIOR...
sebab ikan takde so makan dengan ikan bilis dan keropok keping aje lah...sedap. Kalau Hafiy makan pulut dengan keropok keping jer..kalau dengan kelapa dia tak makan...untuk Harazz suap roti kosong cicah air masak jer..
 
 
Memandangkan cuaca hari tu agak panas, so tengaharinya Hafiy dan Harazz kami ajak mandi kolam. Nak pergi mandi kolam kat luar saya tak berapa nak suka sangat sebab airnya saya tak suka..kalau air terjun ker air sungai ker ok lah jugak..Lagipun kot tak sesuai untuk Harazz...kan tak pasal-pasal selsema dia datang semula...Bila dia selsema mesti dia bernafas macam ada bunyi..Tu yang risau tu..
 
Hafiy dan Harazz berendam kat kolam di beranda rumah. Harazz mula-mula takut sebab masa abah dia pam kolam ada bunyi bising..tapi lama kelamaan ok dah..siap main tepuk-tepuk lagi air tu...bukan main suka dia..Hafiy memang antara kesukaan dia ni...lama-lama berendam pun ok jer....
 
 
Petangnya cadang nak bawa diorang gi jalan-jalan area Masjid Putra tapi petang tu mendung jer..so tak jadilah..duk umah jer lah kiteorang..Hafiy biasa lah macam-macam aktiviti dia..Harazz pun ikut sama layan dengan abang dia..
 
Tengok Hafiy ni...badminton antara kesukaan dia..asal gi kedai mainan kalau nampak badminton mesti nak. Adik duk tengok jer..Bila duk walker ni laju jer ke sana ke mari..Hafiy masuk bilik depan dia ikut,masuk bilik belakang pun dia ikut....Memang suka dia ikut abang dia..
 
 
Sekarang Harazz dan 10 bulan. Masa check up minggu lepas berat dah 9kg...masih fully breastfeed..Gigi pun dah tumbuh 2 batang kat bawah..atas gigi kapak baru nak tumbuh...Dah pandai nak menggigit. Setakat ni belum pernah menggigit time menyusu. Merangkak pun dah laju..meniti kat tepi-tepi sofa belum lagi berani sebab kalau dia meniti mesti kena pegang dia sebab belum pandai nak imbang badannya sendiri lagi..Kalau dia meniarap mesti kena tengok-tengok sebab si Harazz ni suka mengutip pastu masuk mulut. Kalau Hafiy dulu tak pandai nak mengutip-gutip ni....
 
 
Setakat ni cerita hujung minggu kami yang lepas.
 
 
Nanti saya akan ceritakan pula untuk hujung minggu yang akan datang sebabnya ada sesuatu yang istimewa untuk Hafiy.
Nak tahu apa? Tengok poster di bawah ni....
 
KARNIVAL UPIN DAN IPIN
 
KARNIVAL UPIN DAN IPIN di PICC,Putrajaya...
 
Jom kita bersama-sama memeriahkanya..Sempena cuti sekolah bolehlah bawa anak-anak ke sana nanti....
 
 
 
 
 

Wednesday 12 November 2014

STRESS DAN KAITANNYA DENGAN B-COMPLEX

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...

Sekarang ni musim peperiksaan SPM berlangsung..Salah seorang adik saya yang paling bongsu menduduki SPM pada tahun ini. Ingat lagi time saya nak ambil SPM dulu-dulu, mesti rasa takut jer..al maklumlah SPM ni penentu hala tuju hidup selepas tu dan harap sangat-sangat dapat masuk universiti...stress jer rasa..

Siapa-siapa pun di antara kita mesti pernah rasa stress...Rasa stress dengan exam,rasa stress dengan pekerjaan dan macam-macam lagi...

Sebenarnya stress ni punca  datangnya banyak penyakit-penyakit kronik. Banyak kesan-kesan kurang baik ke atas kehidupa especially wanita. Stress menggangu sistem pencernaan kita (sakit perut,sembelit,cirit), menjejaskan sistem imuniti badan (mudah demam), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, penambahan berat badan. Berat badan naik bukan je sebab kita banyak makan tapi kalau kita stress pun boleh menyumbang ke arah obesiti.

Jadi, untuk mengawal stress kita perlukan vitamin B Complex. Disini saya nak berkongsi bagaimana B Complex membantu menangani stress. Mari lihat ahli keluarga Vitamin B-Complex:
Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12. Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan kita..

  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram.

b-complex
B-complex pilihan saya

B-Complex Shaklee ni berbeza kerana ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif.....
*Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
*Mudah di telan.
*Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.



Antara kisah dan akibat yang berlaku apabila stress ini tidak dibendung:...

AKIBAT STRESS BEKAS PENGACARA RANCANGAN GOSSIP MINUM CLOROX
Perkhabaran kurang gembira kami terima dari mereka yang rapat dengan selebriti ini. Hendak percaya pun agak sukar untuk kami buat masa ini.

Sekitar jam 5.00 petang tadi, seorang selebriti yang bergelar pelakon juga bekas pengacara sebuah rancangan gossip popular telah di’gegaskan ke sebuah hospital.

Khabarnya, sebelum selebriti ini di’kejarkan ke hospital, beliau berasa terlalu tertekan sehingga mengambil keputusan untuk minum bahan peluntur sebelum tidak sedarkan diri.

Ahli keluarga yang kebetulan berada di’rumah bersama selebriti ini sedar akan perbuatan beliau & tidak mengambil masa lama untuk membawa selebriti ini ke hospital & terus di’gegaskan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Selebriti wanita itu kini di’khabarkan sudah di’pindahkan ke wad rawatan biasa dan akan di’benarkan keluar selewat lewatnya esok hari dengan keizinan doktor.

Kami sangat berharap kisah yang kami terima ini tidak benar & selebriti ini boleh berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang keputusan yang di’luar waras fikiran.

Banyak lagi cara untuk selesaikan sebarang masalah yang melanda.



PELAJAR IPTA HADAPI TEKANAN TERJUN TINGKAT TUJUH BANGUNAN
Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, yang dipercayai mengalami tekanan perasaan mengejutkan rakan-rakannya apabila terjun daripada tingkat tujuh asrama penginapannya dalam keadaan berbogel, semalam.
 
Kejadian berlaku jam 11.30 pagi dan tindakan penuntut lelaki itu disedari seorang kakitangan asrama yang sebelum itu melihatnya dalam keadaan mencurigakan.
 
Jurucakap polis berkata, penuntut berusia 21 tahun yang juga pelajar tahun satu itu terjun melalui tingkap bilik asrama sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian bawah bangunan berkenaan.
“Mangsa mengalami tekanan perasaan dan tindakannya itu dilakukan dalam keadaan luar sedar. Dia yang parah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh pengurusan IPTA berkenaan,” katanya.
Menurutnya, mangsa kini dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal di wad Zon Merah HPP.
 
Jurucakap itu berkata, siasatan awal mendapati penuntut terbabit mula belajar di IPTA itu pada tahun lalu dan rekod kesihatannya menunjukkan dia pernah dilaporkan sakit sebelum diberikan cuti rehat.
 
“Dia dilaporkan baru melaporkan diri untuk meneruskan semula pengajian pada minggu lalu,” katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan masih dijalankan.
 
 
Kesimpulannya di sini jelas menunjukkan bahawa jika stress ini tidak dibendung maka bermacam-macam nahtijahnya kepada kita dan juga orang-orang disekeliling kita..Jika kita tidak sayangkan diri kita tetapi ingatlah mereka-mereka yang melahirkan kita serta mereka-mereka yang menyanyangi kita...Apa-apa pun berbaliklah dan memintalah kepada Yang Maha Berkuasa...InsyaALLAH...

Tuesday 11 November 2014

UNTUK KULIT PUTIH BERSERI


Selalunya untuk cantik kite biasanya akan ambil supplemen. Tapi sebenarnya supplemen adalah untuk penjagaan dalaman kite..yang luaran pun mesti dijaga juga. Biarlah seimbang kedua-duanya agar kesannya menakjubkan.....Tak gitu?...

Untuk itu Shaklee juga ada menyediakan set untuk skin care yang memang standing dengan jenama-jenama terkemuka seperti SKII, Estee Lauder dan juga jenama-jenama yang lain.So tak heranlah kalau ada dikalangan pengguna set Nutriwhite  Shaklee ni sangat berpuas hati dengan kesan yang dirasai...
 


Langkah-langkah penggunaan untuk produk Nutriwhite Shaklee
1) MEMBERSIH ( Gentle Action Make Up Remover & Gentle Deep Foaming Cleanser)
Cara penggunaan
sapu pada kulit yang basah dan kemudiannya bilas dengan air suam
Fungsi:
Kulit akan lebih bersih,licin,lembut,segar dan berseri,menyingkirkan sel kulit mati tanpa meninggalkan sisa.

2)MEMPERBAHARUI(Soothing Radiance Whitening Cleanser)
Cara penggunaan:
Tuang sedikit pada kapas dan sapukan perlahan-lahan ke seluruh muka dan leher
Fungsi:
Memulihkan kulit pada keseimbangan PH semulajadi. Kulit akan menjadi lebih anjal dan segar serta lembut.

3)MENCERAHKAN(Daily Defense Whitening Essence)
Cara penggunaan:
Apply pada keseluruhan wajah yang bersih. Sapu sama rata ke seluruh muka dan leher.
Fungsi:
Melicin,mencerah dan menegangkan. Membantu mengeluarkan pigmentasi,melembutkan dan mengurangkan tompokan gelap serta mengelakkan kerosakan akibat daripada matahari. Mempunyai Vitamin C yang aktif untuk memperbaiki kulit.

4)MERAWAT(Spot Whitening Treatment)
Cara penggunaan:
sapu sedikit ke kawasan gelap pada kulit, sekali atau 2 kali sehari. Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari selepas penyapuan.
Fungsi:
Berkesan untuk kurangkan kesan tompokan akibat jerawat dan jeragat.

5)MENCEGAH (Ultimate Protection Whitening Lotion SPF15)
Cara penggunaan:
Untuk kegunaan siang hari,sapu lembut dan ratakan ke seluruh muka dan leher dan elakkan daripada kawasan mata.
Fungsi:
Elak keradangan kulit,melindungi kesan buruk daripada matahari dan membina penentangan terhadap kerosakkan alam sekitar.

6) MENGANJALKAN(Overnight Renewal Whitening Cream)
Cara penggunaan:
Digunakan pada waktu malam, sapu perlahan keseluruh muka dan leherFungsi :
Meremajakan kulit ketika waktu tidur dan anda akan bangun dengan kulit wajah yang lebih segar dan cerah
 
Yang ingin cantik berseri apa kata mencuba set skin care ini...Jimat tau..1 set ni boleh guna berbulan-bulan.

Monday 10 November 2014

KEK GULA HANGUS

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Selamat bekerja pada yang mula bekerja pada hari ini..Kalau sebelah pantai timur dan utara semalam lagi diorang dah start kerja...Opssss terlupa sebelah selatan iaitu Johor pun dah start kerja semalam.. Kadang-kadang kalau public tanya hari Ahad ofis buka ker tak di Johor, confiuse jap saya..Al maklumlah dah bertukar waktu operasi...

 Cuti Sabtu dan Ahad minggu lepas saya menrajinkan diri untuk buat kek. Sebenarnya dah lama nak buat cuma mood rajin tu belum nak datang..

Hasilnya....kek gula hangus hujung minggu lepas..
Jom saya kongsikan resipinya kot-kot lah ada yang berminat nak mencubanya..


BAHAN-BAHAN
Bahan-bahan untuk gula hangus
(Buat yang ni dulu sebelum bancuh adunan)
1 1/2 cawan gula
2 cawan air mendidih
3 sudu besar mentega
 CARA-CARA
1)Masukkan gula dalam periuk dengan api yang sederhana. Kacau gula sampai larut dan warna keemasan.
2) Bila dah keemasaan, masukkan air panas
(Perlu hati-hati sebab takut gula jadi meletup-letup)
kacau samapi gula keemasan yang berketul-ketul tu larut.
3) Masukkan mentega. Kacau sehingga mentega benar-benar larut.
(Tutup api dan sejukkan)

Bahan-bahan lain..
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 sudu esen vanilla
CARA-CARA
1) Pukul telur sampai kembang. Yang ni saya blander ajer.
2) Masukkan susu pekat, kasi blend lagi sampai sebati.
3) Masukkan esen vanilla
4) Ayak tepung gandum,soda bikarbonat dan baking powder.
5) Masukkan bahan-bahan yang telah diayak ke dalam blender pastu blend.
6) Last sekali masukkan gula hangus tadi ke dalam blander dan blend lagi.

Bakar lebih kurang 1 jam di antara suhu 150-160 darjah Celsius.

bahan-bahan kek gula hangus


Ni lah hasilnya.....
kek gula hangus
Bersarang-sarang tak kek saya?...
 
 
Jeles tak tengok kek saya? Sedap tau..bersarang-sarang tu..Senang jer kan nak buatnya. Apa lagi jom sama-sama buat...dan selamat membaking!!...






Monday 3 November 2014

MAKANAN UNTUK OTAK YANG BIJAK

sumber google
 
Nak tahu mengenai apakah makanan untuk otak bijak ? Jom dapatkan tipsnya di sini.
 
Siapa yang tak nak memiliki otak yang cerdas serta dapat berfikir dengan cepat dan tepat,kan? Semua orang mahu! Apabila otak kita cergas, segala apa yang kita buat dapat dilakukan dengan cepat.
 
Selain pengaruh radikal bebas, pertambahan usia seseorang juga boleh membuatkan fungsi otak semakin menurun. Jadi, sebab itulah kita perlu menjaga otak agar tetap sihat dan cerdas.
 
Tentunya otak juga memerlukan makanan atau zat, tetapi tidak ramai yang tahu apakah makanan-makanan yang baik dan boleh menjaga fungsi serta kecerdasan otak. Dengan makan sihat, otak akan jadi lebih mudah untuk merakam serta mengolah informasi yang terakam dalam memori, lalu kemudiannya mengaitkan informasi tersebut.

Jom, semak beberapa jenis makanan sihat yang boleh mencerdaskan otak kita. Antaranya:

1. Ikan Salmon
Ikan sangat baik untuk otak. Di dalam tubuh ikan terdapat asid lemak omega 3. Asid lemak omega 3 ini banyak terdapat pada ikan salmon, tuna dan sardin.  Kandungan omega 3 ini bukan sahaja bagus untuk jantung, tetapi juga dapat meningkatkan fungi belajar dan memori di otak.
 
2. Coklat
Ternyata coklat sangat baik untuk otak kerana mengandungi ‘flavoboid’ yang mengundang pembentukan sel saraf baru pda otak yang boleh menambah kemampuan menyimpan ingatan dalam memori otak anda.
 
3. Pisang
Ramai yang menyukai pisang, selain bermanfaat bagi menjaga kecantikan ternyata ia juga bagus untuk mengaktifkan otak kita. Dalam buah pisang terdapat kalium dan magnesium yang berfungi untuk transmisi saraf di tubuh serta otak anda.
 
4. Bayam & Kangkung
Sayuran hijau seperti bayam juga sangat baik untuk mempertajamkan minda anda. Di dalam bayam mengandungi vitamin B9 yang berfungsi untuk meningkatkan memori yang diperlukan untuk mencerdaskan otak anda.
Manakala kangkung juga mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan yang tinggi serta sangat berpengaruh terhadap kekuatan dan daya fikir otak.
 
5. Telur
Telur sangat baik untuk otak kerana di dalam telur mengandungi asid amino yang sememangnya diperlukan untuk mempertajamkan otak kita.
 
6. Avocado
Avocado tergolong dalam kategori buah berlemak. Namun, pengambilan dalam jumlah yang tepat boleh membantu melancarkan perjalanan darah.
Selain mampu melancarkan perjalanan darah, buah ini juga sangat bagus untuk otak kerana ia kaya  dengan vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan serta mampu melindungi otak daripada penuaan semulajadi.
 
7. Brokoli
Sangat baik untuk mempertajamkan daya ingatan otak. Brokoli mengandungi vitamin C, antioksidan serat beta karoten yang berfungsi menjaga kesihatan otak.
 
8. Jus Delima
Buah delima mempunya sejuta manfaat buat tubuh, termasuk otak. Buah ini dipercayai dapat membuat daya fikir seseorang itu tetap aktif. Antioksidannya juga mampu melawan radikal bebas

ummyizzlife Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah